.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Monday, January 30, 2012

Bahaya Mengoncang & Melambung Bayi



Patutkah bayi/anak kita menjadi mangsa?
Ada diantara kita mempunyai tahap kemarahan yang sangat membimbangkan. Ramai yang tidak dapat mengawal kemarahan mungkin disebabkan oleh tekanan di tempat kerja, keadaan traffic, masalah kewangan dan akhirnya menjadikan bayi/anak sebagai mangsa. Apa yang hendak dikaitkan dalam artikel kali ini adalah tentang syndrome yg mungkin berlaku kepada bayi/anak-anak kita Jika kita tidak mengawal kemarahan. Salah satunya adalah SBS
Apa Itu SBS?
SBS atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome adalah sebuah istilah yang digunakan bagi penyiksaan terhadap bayi. Aktiviti ini berlaku samada dalam keadaan sedar mahupun tidak sengaja.

Monday, January 9, 2012

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta !!!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.