.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Friday, November 18, 2011

Solat 32 Rakaat satu hari mampu sembuh dan hindar penyakit moden


Kita biasa dengar ayat "Sembahyang mencegah fahsha dan mungkar". Jika kita belajar bahasa arab, kita akan tahu makna tersurat dan tersirat ayat tersebut. Maka itu jika kita hendakkan badan kita sihat dan dijauhi penyakit moden, amalkan solat setiap hari 32 rokaat. Bukti yang jelas ialah dibulan Ramadzan umat Islam lebih sihat dari lain-lain bulan sebab sembahyang terawih. Maka itu amalkan solat berikut untuk sihat badan.

Monday, November 14, 2011

Rahsia Pemakanan Genius-Genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

Friday, April 29, 2011

Zikir untuk ringankan jodoh


Amalan harian…

“Ya Tuhanku janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah Waris Yang Paling Baik.” (Surah al-Anbiya’ ayat 89)

P/s- Doa ini sesuai diamalkan bagi mereka yang susah untuk mendapat jodoh

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Ulang Tahun Anakku


Hari ni merupakan Hari Raya Aidil Adha yang di sambut oleh semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Hari ini juga merupakan hari yang paling bermakna buat aku dan isteri serta anak-anak kami.
Hari ini kami menyambut serentak Hari Raya Aidil Adha sekali dengan Hari kelahiran anakku Adam Umar Safillah. Ikutnya esok hari lahir dia tapi di sambut awal memandangkan hari ini semua bercuti dan esok cuti tidak approve he he he.

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidiladha


Hari Raya Aidiladha عيد الأضحى atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Tuesday, November 9, 2010

Haji


Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Syarat-syarat haji mengikut mazhab Syafie