Selamat Hari Lahir Anakku sayang yang ke 2 tahun...sudah besar anak abah dan umi ini..sudah boleh tolong abang buat kerja..hihihi..moga Humairah akan jadi anak yang solehah menurut suruhan ALLAH dan sentiasa berjaya dalam hidup..kami semua sayang Humairah (^_^)Wednesday, March 14, 2012
Selamat Hari Lahir My Little Einstein Humairah
Selamat Hari Lahir Anakku sayang yang ke 2 tahun...sudah besar anak abah dan umi ini..sudah boleh tolong abang buat kerja..hihihi..moga Humairah akan jadi anak yang solehah menurut suruhan ALLAH dan sentiasa berjaya dalam hidup..kami semua sayang Humairah (^_^)Monday, January 30, 2012
Bahaya Mengoncang & Melambung Bayi

Patutkah bayi/anak kita menjadi mangsa?
Ada diantara kita mempunyai tahap kemarahan yang sangat membimbangkan. Ramai yang tidak dapat mengawal kemarahan mungkin disebabkan oleh tekanan di tempat kerja, keadaan traffic, masalah kewangan dan akhirnya menjadikan bayi/anak sebagai mangsa. Apa yang hendak dikaitkan dalam artikel kali ini adalah tentang syndrome yg mungkin berlaku kepada bayi/anak-anak kita Jika kita tidak mengawal kemarahan. Salah satunya adalah SBS
Apa Itu SBS?
SBS atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome adalah sebuah istilah yang digunakan bagi penyiksaan terhadap bayi. Aktiviti ini berlaku samada dalam keadaan sedar mahupun tidak sengaja.
Monday, January 9, 2012
JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta !!!
Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran. Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebihan secara tidak sedar.
Wednesday, December 28, 2011
Tak Nak !!!

Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!
Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seor
ang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.
ang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.Tuesday, December 27, 2011
Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.
Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.
Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.
Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.
Thursday, December 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)
