.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Thursday, August 26, 2010

Untuk Anak Ku Umar Safillah

Di pondok kecil
Di pantai ombak
Berbuih putih
Beralun - alun

Disuatu hari
Ayah berkata
Jaga adik mu
Ayahkan pergi jauh
Ku pandang wajah ayah
Dahinya ku cium
Air mata mengalir
Hati ku pilu

ulang *

Diam Adik ku sayang
Jangan menangis
Doakan ayah
Semoga diterima

Diam adik ku sayang
Jangan menangis
Andai ayah gugur
Doakan dia syahid

Selamat berjuang
Ayah tercinta
Kau pergi dulu ayah
Ke medan juang

Ku iringi doa
Moga berjaya
Beroleh kemenangan
Demi agama Islam

Wahai abangku
Ke mana ayah
Ku sayang ayah
Ku cinta ayah

Duhai adik ku sayang
Jangan bersedih
Ayah mu pergi
Menyambut seruan ilahi

Tapi ingatlah adikku
Pesanan ayah
Berjuang dan berkorban
Walau dimana jua

Pada mu tuhan
Aku bermohon
Dosa ayah ku
Minta diampunkan

Berilah rahmat
Bantulah ia
Untuk menegakkan
Agama Islam

p/s:untuk anak ku umar. Tiada apa yang abah ada untuk beri umar.Harta tidak ada, kekayaan jauh sekali. Moga umar jaga adik sebaik mungkin. Satu abah mahu umar tahu, abah sayang umar, permata hati abah. Walau jauh jarak memisahkan umar dan abah, namun di hati abah umar sentiasa ada.

2 comments:

damak21 said...

So sorry abg muiz..x pernah pun niat menghina abg muiz..merendahkan apatah lagi memperkotak katikan abg muiz..janganlah kata diri tu hina...

مخريز said...

tiada apalah yang perlu di maafkan adik tiada buat silap pun.terima kasih ya untuk selama ini.abg tidak layak untuk di hormat.dan tidak layak untuk mendapat gelaran abang.cuma minta tolong jaga umar sebaik mungkin. kalau dia buat silap minta di tegurlah ajarkan dia pergi ke masjid dan baca kitab-Nya.