.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Tuesday, November 29, 2011

Banyaknya faedah berselawat kepada Nabi SAW

FAEDAH BERSELAWAT... (ALLAH dan Malaikat senantiasa berselawat kepada Nabi.)

Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (Riwayat Muslim.)

1) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 10 kali pada minuman/makanan untuk diri dan anak-anak. Insya Allah, kita dan anak-anak akan menjadi bijak dan sejahtera.

2) Sesiapa yang amal membaca selawat 10 setiap memulakan perjalanan akan dipermudahkan perjalanan, mudah dapat parking dan mudah selesai apa jua masalah yang dihadapi.

3) Amalkan membaca selawat sebanyak 100 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. .




4) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

5) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap bagi keselamatan hidup dan pertolongan Allah selalu.

6) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya.

7) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 100 kali sehari.

8) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka.

9) Diri gelisah dapat ditenangkan dengan berselawat selalu tanpa hitungan kerana Allah itu Maha mendengar.

10) Ulamak kata amalkan selawat setiap hari tak kira berapa jumlahnnya, insya Allah dihindarkan daripada penyakit berbahaya masa kini. (3 serangkai)

11) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat idikabulkan Allah akan hajatnya dengan kadar segera.

12) Dari Abu Naim Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya.

13) Dari Thaabaranisabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku. "

No comments: