.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Monday, January 30, 2012

Bahaya Mengoncang & Melambung Bayi



Patutkah bayi/anak kita menjadi mangsa?
Ada diantara kita mempunyai tahap kemarahan yang sangat membimbangkan. Ramai yang tidak dapat mengawal kemarahan mungkin disebabkan oleh tekanan di tempat kerja, keadaan traffic, masalah kewangan dan akhirnya menjadikan bayi/anak sebagai mangsa. Apa yang hendak dikaitkan dalam artikel kali ini adalah tentang syndrome yg mungkin berlaku kepada bayi/anak-anak kita Jika kita tidak mengawal kemarahan. Salah satunya adalah SBS
Apa Itu SBS?
SBS atau dikenali sebagai Shaken Baby Syndrome adalah sebuah istilah yang digunakan bagi penyiksaan terhadap bayi. Aktiviti ini berlaku samada dalam keadaan sedar mahupun tidak sengaja.


Tindakan SBS ini, biasanya si bayi/kanak-kanak digoncang-goncang dengan kuat oleh orang dewasa yang sedang marah dan sebagai contoh untuk menghentikan tangisan atau rengekan bayi.Shaken Baby Syndrome biasa menimpa anak berusia di bawah 1 tahun dan dapat mengakibatkan cedera otak parah yang kekal, cedera urat saraf tulang belakang, pendarahan pada mata, dan juga boleh menyebabkan kematian.
Seberapa Umumkah Shaken Baby Syndrome?
Di Malaysia, kita tidak memiliki data yang khusus mengenai SBS ini. Namun sebagai gambaran, di Amerika terdapat sekitar 1000 hingga 1500 laporan diterima setiap tahun berkaitan SBS. Sebahagian besar korban SBS adalah bayi berusia 3 - 8 bulan. Namun, tidak kurang laporan yang diterima berlaku kepada kanak-kanak sehingga umur 4 tahun.Dan... 25% bayi/kanak-kanak yang mengalami Shaken Baby Syndrome di Amerika berakhir dengan kematian.
Apa yang Menyebabkan Shaken Baby Syndrome?
Bayi memiliki otot leher yang sangat lemah. Namun ia memiliki kepala yang berat dan besar jika dibandingkan dengan ukuran tubuh mereka. Otak bayi sangatlah kecil dan memerlukan ruang untuk pertumbuhan. Kerana itulah terdapat rongga atau celah antara tengkorak kepala dan otaknya yang dapat mendukung pertumbuhan tersebut.Jika anda mengoncangkan bayi anda dengan kuat, ini dapat menyebabkan otak si bayi berpindah tempat dalam rongganya. Selanjutnya jaringan otak si bayi akan membengkak dan pembuluh darahnya akan luka.Biasanya, bayi yang mengalami Shaken Baby Syndrome akan mengalami pendarahan otak, pendarahan pada mata serta cedera pada urat saraf tulang belakang atau leher. Sebahagian bayi juga mengalami tulang rusuk yang retak.
Oleh itu ingatlah, jangan sesekali kita melepaskan kemarahan kita terus kepada bayi/anak. Tentu ada cara yang lebih baik untuk meredakan keadaan.



No comments: